BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, March 17, 2009

fakta menarik tentang lelaki

sy terbaca artikel ini di 1 website.. hmm.. agak menarik.. mari kite check (",)

1= Lelaki boleh menjadi seseorang yg begitu sensitif dan prihatin


2= Jika seseorang lelaki meminati perempuan, tidak semestinya perempuan itu cantik.
Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yg tinggi.
Malah lelaki boleh menyukai wanita yg mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.
Oleh itu, banyak yg boleh dibualkan atau dikongsi bersama.


3= Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yg dirasakan oleh perempuan.

4= Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5= Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yg kuat terhadap perempuan.
Sebab itu mereka suka melihat perempuan, menjeling perempuan dan menonton Baywatch!
Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

6= Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati perempuan.

7= Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak perempuan keluar untuk kali pertama!

8= Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati perempuan.

9= Bila lelaki cakap..."Emm...tengoklah dulu"...itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10= Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

11= Kebanyakan lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sbnarnya ingin bersikap jujur & berterus terang & mengharapkan perempuan memahami maksudya


12= kebanyakan lelaki yg nampak 'desperate', datang dari sekolah lelaki

13= Lelaki tidak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dgn sikap perempuan dan tidak faham knpa perempuan bersikap begitu dan begini. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dgn perempuan supaya hubungan dpt berjln dgn lebih baik

14= Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo & keluar dgn ramai perempuan namun dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa selebihnya hanya kawan

15= Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih. Cuma dia tidak meunjukkan kesedihannya di depan orang

16= Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu sepatutnya bagi 'hint'! sebab lelaki tidak dapat membaca hati seorang perempuan andai tidak diluahkan

17= Adalah memalukan bagi lelaki jika tidak berupaya menolong perempuan

18= Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan

19= Lelaki bukanlah sempurna 100%, jadi perempuan janganlah mengharapkan semua yg hebat dari lelaki! Mereka juga normal & mempunyai kelemahan!

0 comments: